Translate

Wednesday, February 4, 2009

kg Bahagia, the lost village




Kampung Bahagia terletak di daerah Kuala Krai, Kelantan. nadi penghubungan hanyalah melalui jalan air sahaja melalui sungai Kelantan.

Untuk ke kampung ini perlu menaiki 'bot galah' di jeti Tangga Krai di pekan Kuala Krai. perjalanan mengambil masa 45 minit untuk mudik sungai ke kampung ini.

perkampungan ini kerap dikunjungi oleh pelajar IPTA untuk program Khidmat Masyarakat. malah untuk sekolah rendah di sini, telah dijadikan sekolah angkat oleh Institut Perguruan Kota Bahru. setiap bulan pelajar dan tenaga pengajarnya akan ke sini untuk melakukan penyelidikan tahap perkembangan akademik pelajarnya yang jauh ketinggalan di bidang akademik.



Jambatan kayu baru di bina mengantikan jambatan simen yang hanyut dibawa arus banjir december 2008








papan tanda menunjuk kampung mambong yang terletak bersebelahan kg Bahagia yang terkenal tempat pengeluaran pasu seramiknya







Sekolah Agama rakyat di kg Bahagia hanyalah sehingga tingkatan 3 sahaja











Pemandangan rumah rakit di sungai Kelantan








Destinasi memancing sepit biru








gerbang terima kasih kepada pengunjungnya kerana sudi menjengah kampungnya.

Wednesday, January 7, 2009

Tok Bali destinasi perlabuhan perikanan Kelantan.


replika bot nelayan menjadi penyambut semua tamu ke kawasan Tok Bali










nun jauh pemandangan pantai yang memanjang









pemandangan jambatan tok bali










benteng pemecah ombak, muara sungai tok bali

Sunday, November 23, 2008

Kuala Koh-Destinasi Pemancing Kelah



pancingan menggunakan rod shino tempahan khas, jenis tali tangsi kekuatan 12 paun.
kekili shimano 3000sx.
umpan-kelapa sawit
tangkapan- kelah/ malaysian red masheer/red kelah
berat tangkapan-2.2kg
kamera-hanset nokia siri n73
lokasi tangkapan-lubuk kedah, kuala koh, gua musang.

memancing di Kuala Koh memberi satu pengalaman yang sukar dilupakan kerana terletak dikawasan yang masih bebas dari pembangunan. terletak di kawasan dikawal selia oleh pihak pengurusan taman negara kuala koh.

kadang-kadang pemancing boleh melihat kehidupan orang asli yang hidup secara berpindah randah sedang berakit menggunakan rakit buluh bersama buruan hidupan liar dalam taman negara kuala koh. terdapat juga unggas hutan dan hidupan lain. terdapat sewaan bot untuk menyusuri sungai, jungle treking, dan laluan kanopi untuk melihat keindahan semulajadi dari pandangan dari tempat tinggi.

bagi rombongan keluarga boleh menginap di resort yang lengkap dengan kemudahan cafetaria dengan bayaran yang cukup murah. di jamin mereka yang gemarkan keindahan semulajadi pasti terpesona.

Friday, November 21, 2008

Lata Berangin, Kuala Krai Kelantan








Banyak tempat menarik Malaysia yang belum kita terokai, ayuh sama-sama kita jelajah bumi Malaysia.