sekian lama tidak masuk hutan, hujung mei sempat terjah hutan di pendalaman kuala krai merentasi kawasan pembalakan, sambil mencari kawasan ikan kelah. namun hampa tiada kelah tetapi sekadar mendapat beberapa ikan baung akar bersaiz m (0.8-1.0 kg)
trip ke kenyir cukub membanggakan dan berbaloi baloi misim tengkujuh tidak menghalang untuk merasakan tarikan ganas ikan air tawar, kunjungan pada 25-27 dec 2009 cukup membuahkan hasil.
bila cuti sekolah pasar ini menjadi tarikan pelancong untuk menyaksikan sendiri keunikan cara beroperasinya pasar siti khatijah dulunya dipanggil pasar buluh kubu
panorama di pasar lain biasanya lelaki berurusan, tetapi di sini rata-rata adalah kaum hawa. sikap berniaga rakyat kelantan teserlah bila kita berurusan dengan mereka, mungkin pengunjung boleh cuba sendiri mendengar kepetahan dan panggilan manja yang akan dipanggil keatas customernya.
Taman Negara Kelantan telah di wartakan pada 05 Julai 1938 dengan nama King George V National Park. terletak di pertemuan sungai Lebir dan sungai Koh dalam daerah Gua Musang.
Aktiviti di sini termasuklah memerhati unggas,rentis interpetasi, kembara alam, memancing, meniti jambatan gantung merentasi sungai lebir, aktiviti air, berjalan melalui titian kanopi, merentis kawasan spesis bunga pakma dan pelbagaia lagi berkaitan dengan alam semulajadi. permit dan urusan perlesenan
setiap pelawat mesti mendapat kebenaran melalui pengambilan permit dan dan lesen untuk masuk ke kawasan ini. segala urusan boleh dibuat di kaunter pendaftaran yang sentiasa di buka setiap hari 7 hari seminggu.
permit masuk RM1 seorang lesen memancing RM10 seorang kamera RM5 perkamera chalet RM50 semalaman hostel RM12 seorang/semalaman tapak khemah RM2 seorang/semalaman lain-lain urusan bergantung terma dan syarat.
Memancing spesis Kelah di Kuala Koh merupakan paling digemari
lubuk Kedah
Tanda amaran kawasan gajah melintas
kelab bemotosikal GTR Kota Bahru turut menjengah Kuala Koh sempena cuti Tahun Baru Cina