Translate

Thursday, May 20, 2010

new game with big toy



sekian lama tidak masuk hutan, hujung mei sempat terjah hutan di pendalaman kuala krai merentasi kawasan pembalakan, sambil mencari kawasan ikan kelah. namun hampa tiada kelah tetapi sekadar mendapat beberapa ikan baung akar bersaiz m (0.8-1.0 kg)

namun mampu melepaskan tension kerja, hahahahah,

Monday, February 8, 2010

kelab rekreasi kumbamberaq: 4x4 bagus untuk fizikal n mental

kelab rekreasi kumbamberaq: 4x4 bagus untuk fizikal n mental

4x4 bagus untuk fizikal n mental






skuad 4x4 aku terus terjah ke dalam rimba di kuala krai, lokasi kali ini ke kawasan sg catel.

tujuan hanyalah untuk memburu tengas, kalau dapat kelah tu kira bonus la,hahahhaa

Friday, January 8, 2010

sentapan toman


trip ke kenyir cukub membanggakan dan berbaloi baloi
misim tengkujuh tidak menghalang untuk merasakan tarikan ganas ikan air tawar, kunjungan pada 25-27 dec 2009 cukup membuahkan hasil.

Sunday, May 31, 2009

Sunday, March 22, 2009

pasar unik di KB, Pasar Siti khatijah

bila cuti sekolah pasar ini menjadi tarikan pelancong untuk menyaksikan sendiri keunikan cara beroperasinya pasar siti khatijah dulunya dipanggil pasar buluh kubu











panorama di pasar lain biasanya lelaki berurusan, tetapi di sini rata-rata adalah kaum hawa. sikap berniaga rakyat kelantan teserlah bila kita berurusan dengan mereka, mungkin pengunjung boleh cuba sendiri mendengar kepetahan dan panggilan manja yang akan dipanggil keatas customernya.


Tuesday, February 10, 2009

taman negara kuala koh

Taman Negara Kelantan telah di wartakan pada 05 Julai 1938 dengan nama King George V National Park. terletak di pertemuan sungai Lebir dan sungai Koh dalam daerah Gua Musang.

Aktiviti di sini termasuklah memerhati unggas,rentis interpetasi, kembara alam, memancing, meniti jambatan gantung merentasi sungai lebir, aktiviti air, berjalan melalui titian kanopi, merentis kawasan spesis bunga pakma dan pelbagaia lagi berkaitan dengan alam semulajadi.

permit dan urusan perlesenan

setiap pelawat mesti mendapat kebenaran melalui pengambilan permit dan dan lesen untuk masuk ke kawasan ini. segala urusan boleh dibuat di kaunter pendaftaran yang sentiasa di buka setiap hari 7 hari seminggu.

permit masuk RM1 seorang
lesen memancing RM10 seorang
kamera RM5 perkamera
chalet RM50 semalaman
hostel RM12 seorang/semalaman
tapak khemah RM2 seorang/semalaman
lain-lain urusan bergantung terma dan syarat.


Memancing spesis Kelah di Kuala Koh merupakan paling digemari







lubuk Kedah








Tanda amaran kawasan gajah melintas











kelab bemotosikal GTR Kota Bahru turut menjengah Kuala Koh sempena cuti Tahun Baru Cina