Translate

Tuesday, February 10, 2009

taman negara kuala koh

Taman Negara Kelantan telah di wartakan pada 05 Julai 1938 dengan nama King George V National Park. terletak di pertemuan sungai Lebir dan sungai Koh dalam daerah Gua Musang.

Aktiviti di sini termasuklah memerhati unggas,rentis interpetasi, kembara alam, memancing, meniti jambatan gantung merentasi sungai lebir, aktiviti air, berjalan melalui titian kanopi, merentis kawasan spesis bunga pakma dan pelbagaia lagi berkaitan dengan alam semulajadi.

permit dan urusan perlesenan

setiap pelawat mesti mendapat kebenaran melalui pengambilan permit dan dan lesen untuk masuk ke kawasan ini. segala urusan boleh dibuat di kaunter pendaftaran yang sentiasa di buka setiap hari 7 hari seminggu.

permit masuk RM1 seorang
lesen memancing RM10 seorang
kamera RM5 perkamera
chalet RM50 semalaman
hostel RM12 seorang/semalaman
tapak khemah RM2 seorang/semalaman
lain-lain urusan bergantung terma dan syarat.


Memancing spesis Kelah di Kuala Koh merupakan paling digemari







lubuk Kedah








Tanda amaran kawasan gajah melintas











kelab bemotosikal GTR Kota Bahru turut menjengah Kuala Koh sempena cuti Tahun Baru Cina






No comments: